Rabu, Ogos 11, 2010

KITAB RAMADHAN...



Syarahnya akan mula menemui anda mulai 3 Ramadhan nanti di blog ihya ramadhan. TUNGGUUUUUUUUUU ya!

Selasa, Februari 09, 2010

HARI KEKASIH ...

14 Februari...kita akan bercuti sempena Tahun Baru Cina. Ada sesetengah sekolah yang bercuti selama seminggu untuk meraikannya...(2 hari kena sekolah ganti). Tak sampai seminggu lagi ia pasti akan datang. Namun ......... ada yang lebih besar bila dilihat pada tarikh tersebut... yang sentiasa ditunggu-tunggu terutamanya bagi pasangan yang bergelar kekasihhhhh. "Valentine Day" ...saban tahun dinanti dan diraikan oleh pasangan kekasih terutama remaja...yang pastinya ia disambut oleh penganut kristian. Walaubagaimanapun... apa yang cukup membimbangkan kita...tradisi ini sudahpun menular dikalangan remaja Islam hatta pelajar-pelajar sekolah...meraikannya dengan pelbagai cara.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.

Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Kami yakin...nilai keimanan kita terutama remaja dan pelajar sekolah yang beragama Islam tidaklah terlalu nipis sehingga sanggup menggadaikan keimanan kita demi menggembirakan hati kekasih kita...yang belum pasti menjadi milik kita kelak... hanya "Cinta Monyet"

Jumaat, Januari 22, 2010

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum... bertemu lagi di sessi persekolahan 2010 dari kami, warga panitia pendidikan Islam SMT Klang. rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkannya... sebab suasana pengajaran dan pembelajaran masih baru bermula...

Doa kami semoga perjalanan kita pada tahun ini penuh dengan tekad dan azam yang baru dan segar...untuk terus meniti kehidupan mendatang yang belum pasti menjanjikan apa yang kita inginkan. Moga pelajar-pelajar ting. 5 pada tahun dapat berusaha dengan lebih baik dan gigih dengan asuhan dan didikan semua guru untuk memunculkan natijah yang lebih gemilang dengan tawakkal kepada Allah Ta'ala.

Perbanyakkan ibadah dan sentiasa dekatkan diri kita dengan Allah untuk kita lebih tenang, relaks...dan gembira apabila berhadapan dengan apa jua rintangan dan dugaan hidup. Jauhilah apa jua bentuk sikap, amalan dan sifat yang boleh membawa kepada kehancuran, kemungkaran dan dosa. Mana mungkin perkara yang baik... menuntut ilmu kita campuradukkan dengan sesuatu yang negatif.

Hari ini...22 Januari, diadakan watikah perlantikan pengawas sekolah...kepimpinan pelajar sekolah... yang mungkin bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Pikullah amanah dan tanggungjawab yang cukup berat dan besar ini untuk dikutip segala pengalaman dan pengetahuan ketika di sekolah ini... yang mungkin kita tak boleh beli di luar sana.