Rabu, Ogos 11, 2010

KITAB RAMADHAN...



Syarahnya akan mula menemui anda mulai 3 Ramadhan nanti di blog ihya ramadhan. TUNGGUUUUUUUUUU ya!

Selasa, Februari 09, 2010

HARI KEKASIH ...

14 Februari...kita akan bercuti sempena Tahun Baru Cina. Ada sesetengah sekolah yang bercuti selama seminggu untuk meraikannya...(2 hari kena sekolah ganti). Tak sampai seminggu lagi ia pasti akan datang. Namun ......... ada yang lebih besar bila dilihat pada tarikh tersebut... yang sentiasa ditunggu-tunggu terutamanya bagi pasangan yang bergelar kekasihhhhh. "Valentine Day" ...saban tahun dinanti dan diraikan oleh pasangan kekasih terutama remaja...yang pastinya ia disambut oleh penganut kristian. Walaubagaimanapun... apa yang cukup membimbangkan kita...tradisi ini sudahpun menular dikalangan remaja Islam hatta pelajar-pelajar sekolah...meraikannya dengan pelbagai cara.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.

Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Kami yakin...nilai keimanan kita terutama remaja dan pelajar sekolah yang beragama Islam tidaklah terlalu nipis sehingga sanggup menggadaikan keimanan kita demi menggembirakan hati kekasih kita...yang belum pasti menjadi milik kita kelak... hanya "Cinta Monyet"

Jumaat, Januari 22, 2010

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum... bertemu lagi di sessi persekolahan 2010 dari kami, warga panitia pendidikan Islam SMT Klang. rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkannya... sebab suasana pengajaran dan pembelajaran masih baru bermula...

Doa kami semoga perjalanan kita pada tahun ini penuh dengan tekad dan azam yang baru dan segar...untuk terus meniti kehidupan mendatang yang belum pasti menjanjikan apa yang kita inginkan. Moga pelajar-pelajar ting. 5 pada tahun dapat berusaha dengan lebih baik dan gigih dengan asuhan dan didikan semua guru untuk memunculkan natijah yang lebih gemilang dengan tawakkal kepada Allah Ta'ala.

Perbanyakkan ibadah dan sentiasa dekatkan diri kita dengan Allah untuk kita lebih tenang, relaks...dan gembira apabila berhadapan dengan apa jua rintangan dan dugaan hidup. Jauhilah apa jua bentuk sikap, amalan dan sifat yang boleh membawa kepada kehancuran, kemungkaran dan dosa. Mana mungkin perkara yang baik... menuntut ilmu kita campuradukkan dengan sesuatu yang negatif.

Hari ini...22 Januari, diadakan watikah perlantikan pengawas sekolah...kepimpinan pelajar sekolah... yang mungkin bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Pikullah amanah dan tanggungjawab yang cukup berat dan besar ini untuk dikutip segala pengalaman dan pengetahuan ketika di sekolah ini... yang mungkin kita tak boleh beli di luar sana.

Rabu, November 18, 2009

SELAMAT BERJUANG !!!

Hari ini bermulalah perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia ... menduduki SPM sebagai penentu masa depan mereka.
Hanya doa dan harapan yang mampu kami titipkan bersama semangat dan usaha anak-anak didik kami berjuang melangkah ke dewan peperiksaan ...semoga beroleh kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang....amin..

Selasa, November 03, 2009

SPM 09 ... bersediakah anda ???

di sebalik "PEPERIKSAAN "

P Persediaan awal menjamin kejayaan
E Elakkan mengulangkaji pada saat akhir
P Peruntukan masa secara bijak
E Elakkan perlakuan menipu
R Rangka jawapan sebelum jawab
I Isi harus disusun atur
K Ketepatan, kekemasan dan kualiti
S Semak semula kerja anda
A Analisa soalan dahulu meringankan kekangan
A Akur dengan arahan dan kehendak soalan
N Nilai prestasi diri anda dari semasa ke semasa

kelemahan calon dalam jawapan...

- TIDAK DAPAT MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN YANG BERKESAN
- TIDAK DAPAT MENJAWAB MENEPATI SKEMA PEMARKAHAN SPM

pastikan...!

A) Bahasa - Bahasa yang mudah difahami.
–Bukan loghat daerah.
–Bahasa yang terdapat dalam buku.
B) Tulisan- Kemas dan cantik ( boleh dibaca, terang dan jelas )
–Jangan terlalu kecil atau tulisan yang bersambung.
–Jangan sekali-kali gunakan huruf ringkas.
C) Tulis di ruangan yang dikehendaki sahaja
D) Sebelum memulakan setiap jawapan bagi kehendak soalan atau mukaddimah ayat.
–Contoh: 1. a. (i) Terangkan tiga sebab Islam melarang umatnya minum arak.
–Jawapannya : 1.a.(i) Tiga sebab Islam melarang umatnya minum arak ialah :
E) Setiap bahagian jawapan ditulis pada mukasurat yang berlainan.
F) Ikat kertas jawapan dengan tali yang telah disediakan dengan ikatan yang longgar tetapi
kemas.
G) Sekiranya dalam soalan tidak ditentukan berapa isi yang dikehendaki, lihat
markah ditepi soalan. 4markah - dua isi, 6 markah - tiga isi
H) Mulakan jawapan soalan berikutnya selang beberapa baris daripada soalan sebelumnya.

tips tambahan...

- ISI JAWAPAN PERLU LEBIH DARIPADA YANG DIMINTA
- JANGAN DIPADAMKAN JAWAPAN YANG RAGU-RAGU .
- MENULIS MARKAH DI BAHAGIAN HUJUNG JAWAPAN.
- GUNAKAN DAKWAT HITAM

...bersambung...

JADUAL PENDIDIKAN ISLAM SPM 09

24 November 2009 (Selasa)

8.00 - 10.00 pagi
1223/1 Pendidikan Islam Kertas 1
2 jam


2.00 - 3.40 petang
1223/2 Pendidikan Islam Kertas 2
1 jam 40 minit

Jadual SPM 09 dah pun diberi kpd semua calon. Bukan masa utk berangan lagi...dah boleh mula utk buat jadual khusus utk menghadapi setiap subjek mengikut jadual yg ditetapkan.
Insya Allah...kami doakan anda semua berjaya dengan gemilang !!!!

Khamis, September 17, 2009

SEMOGA BERTEMU LAGI

Bulan Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Ia akan pergi meninggalkan kita. Siapa boleh beri jaminan bahawa dia akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Hari-hari terakhir adalah saat-saat kesedihan yang dirasai oleh ahli ibadat di kalangan Salafus Soleh, lantaran teramat berat dan sedih berpisah dengan Ramadhan.
Berakhir Ramadhan bererti tamat tawaran istimewa yang ditawarkan hanya setahun sekali. Namun kita tidak tahu nasib kita sama masih terus bernafas di bumi Allah ini ataupun sudah kembali kepada Nya. Berdoalah di hari-hari terakhir ini agar Allah terus memberi hidayah kepada kita untuk terus mengabdikan diri kepada Nya dan menjadikan segala amalan dan ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Nya.
Berdoalah agar kekuatan dan semangat beribadat yang kita amalkan sepanjang bulan yang disebut madrasah Ramadhan ini akan berterusan kita amalkan sampai bila-bila, sehingga bertemu dengan Allah kelak.
Sesungguhnya untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang adalah semata-mata anugerah dari Allah. Oleh itu berazamlah jika Allah masih meberi kita peluang itu ia akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui ajal dan umur kita...namun begitu kita berharap agar diberi peluang lagi bertemu dengan Ramadhan Karim... Wallahu A'lam.